Penglibatan dan kerjaya seni Mustarjo

Mustarjo pernah bergerak dengan aktif dalam pementasan bangsawan sebelum mencebori bidang lakonan di filem dengan syarikat produksi Shaw Brothers. Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan persembahan di hadapan Raja Putih Sarawak, Raja Brooke, ketika lawatan ke Borneo.[3]. Beliau dikenali di kalangan pengurus Studio Jalan Ampas sebagai Joe.[3]

Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin, gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan filem Bujang Lapok sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo.[3] Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng.[4].Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambang, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambang yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, serunding dan macam-macam lagi.[5]

Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad[3].

Sewaktu tinggal di kuarters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang Syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud.[6]